31 research outputs found

    Faktor mempengaruhi tahap keyakinan agihan zakat: kajian terhadap masyarakat Islam di Selangor

    Get PDF
    Kajian kepuasan dan keyakinan masyarakat terhadap kualiti pengurusan pengagihan institusi zakat adalah penting pada masa kini. Ia bertujuan untuk tuemastikcin pengurusan pengagihan zakat adalah setanding dengan kecekapan dan pencapaian pengurusan kutipan zakat oleh institusi zakat. Dalam tempoh I 5 tahun Lembaga Zakat Selangor (tzs) telah beroperasi, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik terutamanyq dalam aspek pengagihan zakat. Memandangkan institusi zakat berperanan penting dalam masyarakat maka tahap keyakinan masyarakat terhadapnya perlu dikaji. Kajian ini bertujuan mencadangkan beberapafaktor yang perlu diberi perhatian sewajarnya terhadap pengurusdn zakat oleh LZS. Responden dalam kajian ini terdiri daripada penerima dan pembayar zakat daripada sembilqn daerqh di negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa tahap keyakinan terhadap pusat zakat adalah bergantung kepada tigafaktor utama iaitu imej korporat LzS, faktor kutipan dan faktor agihan zakat. Beberapa implikasi penting dalam kajian ini telah dibincangkan untuk meningkatkan tahap keyakinan masyarakat untukmembayar zakat melalui rzs

    Kesaksamaan Agihan Sistem Perkongsian Untung-Rugi: Analisis Koefisien Gini

    Get PDF
    Perkongsiaan untung-rugi dalam sistem kewangan Islam dikatakan dapat menghasilkan agihan pendapatan yang lebih baik berbanding sistem kadarbunga. Alasannya adalah kerana dalam sistem kewangan Islam pelabur danpengusaha bersama menanggung risiko perniagaan di mana keuntungan ataukerugian sebenar akan menentukan jumlah perolehan yang diterima. Namundemikian keabsahan kenyataan ini belum dibuktikan secara fakta. Sehubunganitu, kajian ini akan cuba membuktikan secara teori keabsahan pernyataantersebut dengan menggunakan koefisien Gini. Keputusan menunjukkanbahawa perkongsian untung-rugi dijangka dapat menghasilkan agihan yanglebih saksama berbanding sistem kadar bunga tertakluk kepada beberapakeadaan tertentu.

    Kesedaran membayar zakat: Apakah faktor penentunya?

    Get PDF
    The awareness of the responsibility to pay (zakat) on property is still perceived to be very low among the zakat payers. This is perhaps due to the misunderstanding of the Muslim masses that the only responsibility to pay zakat is (fitrah) in the month of Ramadan. In this case the role of Islamic teaching plays a pivotal role in educating the Muslim through a law that enforces payment and the integrity of the zakat Institution. Because of the stated weaknesses, there exist certain individuals that have no legitimate reasons not to pay zakat, while some pay to unauthorised individuals or organizations. This problem of zakat evasion also represents the stealing of the wealth of others that lies in our property. Thus, this study aims to identify significant factors that contribute toward the payment of zakat relating to location, demographic, facility and educational factors. A logistic regression model was used to identify the variables. Results of the econometric analysis showed that payer satisfaction of zakat distribution is one of the significant factors and several suggestions are given to improve the awareness among the payers

    Prestasi kecekapan pengurusan kewangan dan agihan zakat: perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

    Get PDF
    Kajian perbandingan pengukuran kecekapan pengurusan kewangan institusi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan prestasi agihan kewangan dan bukan kewangan di antara institusi zakat boleh membuka ruang untuk meningkatkan mutu agihan institusi zakat. Pengurusan kewangan sesebuah organisasi adalah penting untuk memastikan institusi tersebut dapat mencapai matlamat yang telah ditentukan. Hal ini kerana masih wujud tanggapan negatif ketidakcekapan agihan institusi zakat dan ia merupakan antara salah satu punca yang telah menjejaskan tahap keyakinan masyarakat Islam untuk menjalankan kewajipan membayar zakat kepada institusi zakat. Ketidakcekapan agihan tersebut boleh dilihat melalui lebihan zakat yang tidak diagihkan dan kegagalan institusi zakat mengagihkan zakat kepada kelapan-lapan golongan asnaf dan tidak mengikut keutamaan asnaf. Persoalannya adakah wujud hubungan antara prestasi pengurusan kewangan dan prestasi pengagihan zakat. Kajian telah mengkategorikan prestasi pengurusan kewangan kepada tiga (3) bahagian iaitu kecairan, kesolvenan dan keuntungan; manakala aspek prestasi kecekapan agihan institusi zakat pula terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu kecekapan agihan berbentuk kewangan (lebihan zakat tahunan) dan bukan kewangan (keutamaan asnaf). Kajian ini juga mengkaji corak agihan zakat kepada setiap asnaf sebagai satu tambahan pengukuran prestasi agihan zakat. Data sekunder terdiri daripada laporan tahunan MAIN telah dianalisis bermula tahun 2000 hingga 2013. Kajian ini mengkaji lima institusi MAIN iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang mewakili institusi yang telah mengkorporatkan kutipan dan agihan zakat; dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang mewakili negeri yang tidak mengkorporatkan kutipan dan agihan zakat. Hasil kajian mendapati secara umumnya wujud hubungan yang sepadan antara prestasi pengurusan kewangan MAIN dengan prestasi pengagihan zakat dalam aspek agihan kewangan dan bukan kewangan. Hasil kajian juga mendapati corak agihan zakat oleh institusi korporat adalah berbeza dengan corak agihan zakat oleh institusi yang tidak korporat pengurusan zakat. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dicadangkan dalam kajian ini

    Pembiayaan Ekuiti Musyarakah Mutanaqisah (MMQ): Perubahan Daripada Al-Bai’ Bithaman Ajil (BBA) Berasaskan Pengalaman Teras Dara Consortium (TDC)

    Get PDF
    Sistem perbankan Islam adalah satu sistem yang menekankan keadilan berdasarkan konsep perkongsian keuntungan. Malangnya kebanyakan produk pembiayaan perbankan Islam masa kini adalah pembiayaan-hutang yang bercanggah dengan dasar keadilan perbankan Islam. Lantaran itu perbankan Islam perlu meningkatkan produk pembiayaan yang bercirikan keadilan berdasarkan pembiayaan-ekuiti. Sehubungan itu makalah ini cuba menerokai kemungkinan bagaimana pembiayaan-hutang boleh diubahsuai kepada pembiayaan-ekuiti. Pengubahsuaian akan dilakukan ke atas Bai’ Bithaman Ajil (BBA) memandangkan kaedah BBA merupakan kaedah yang paling banyak diamalkan pada masa kini. Analisis ubahsuai dilakukan secara teori daripada konsep murabahah dalam BBA kepada konsep musyarakah mutanaqisah (MMQ), manakala bukti empirikal dilakukan berasaskan kepada pengalaman Teras Dara Consortium (TDC). Kajian mendapati bahawa konsep pembiayaan-hutang dalam BBA boleh diubahsuai kepada pembiayaan-ekuiti berkonsepkan MMQ. Pengalaman TDC membuktikan bahawa pengamalan konsep ini tetap mendatangkan keuntungan, dapat mempercepatkan unit jualan, dapat menambah penyertaan golongan berpendapatan rendah dan dapat mengubah motif pembiayaan daripada keuntungan kepada kebajikan. Implikasinya ialah perubahan sedemikian dapat meningkatkan fungsi sebenar perbankan Islam serta dapat meningkatkan taraf kebajikan masyarakat.

    Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia

    Get PDF
    Leakages in zakat payment is widely discussed. Some individuals prefer to pay zakat directly to the asnaf or even pay zakat outside their locality. This practice has affected the efficiency of the collection and distribution of zakat. Although the presence of formal institutions such as PPZ and PPS have improved zakat management, this practice is still exist. The question is why is such practice still existing and what are the factors that influences individual into carrying out such practice. Thus this study examines the factors that influences the individual's dissatisfaction towards formal institutions in order to reduce leakages and increase zakat collection.The study utilizes primary data that can be analysed by using discriptive and logistic analysis. The result shows that satisfaction towards the zakat management significently influences individual compliance behaviour towards formal institutions.This indicates that to attract more people to formal institutions,they should first increase the individual satisfaction. This can be done by constantly improving zakat management, maintaining good will, becoming more transparent and conducting more productive distribution schemes

    Kesedaran Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya?

    Get PDF
    Kesedaran akan tanggungjawab membayar zakat dilihat masih lagi di tahap yang rendah. Zakat yang dimaksudkan ialah zakat ke atas harta memandangkan masyarakat Islam sememangnya tidak ketinggalan membayar zakat fitrah di bulan Ramadhan setiap tahun. Ini berlaku antaranya disebabkan persepsi dan pemahaman masyarakat Islam yang menganggap membayar zakat hanya tertumpu kepada zakat fitrah semata-mata. Kesedaran ini boleh ditingkatkan sekiranya pendidikan dikemaskini, tindakan undang-undang terhadap keengganan membayar zakat dikenakan dan keyakinan golongan berkewajipan membayar kepada institusi zakat dapat diperbaiki. Lantaran itu, terdapat sebahagian kecil golongan ini mempunyai pelbagai alasan untuk tidak membayar zakat dan sebahagian pula membayar bukan kepada saluran rasmi kerajaan. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana keengkaran membayar zakat bermakna pengambilan hak orang lain dalam penghasilannya. Keadaan kedua pula menunjukkan terdapat masalah keyakinan pembayar zakat terhadap institusi yang dilantik kerajaan. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat dilihat dari perspektif lokasi, demografi, keyakinan, kemudahan, pendidikan dan seterusnya menentukan faktor yang paling signifikan menyumbang kepada pembayaran zakat. Kajian menggunakan model regresi logistik untuk menguji pemboleh ubah yang dipilih terhadap pembayaran zakat. Keputusan daripada analisis ekonometrik menunjukkan faktor kepuashatian agihan zakat oleh institusi zakat di samping beberapa faktor yang lain adalah signifikan mempengaruhi pembayaran zakat. Beberapa cadangan juga diutarakan untuk membantu meningkatkan kesedaran pembayar zakat terhadap tanggungjawab mereka ini.

    The Basic Theory of Corporate Governance in Islamic Perspective

    Get PDF
    Recent studies that discuss governance in Islamic perspective have been done by various Islamic researcher including Abu-Tapanjeh (2008), Hassan (2009), Haweez (2013), etc. Most this research used the theoretical approach given in conventional corporate governance and provide additional Tahwid concept. The studies in-depth explanation of relationships between governance and Sharia principles (Islamic Law) is very limited therefore this paper tries to discuss and establish the basic theory of corporate governance based on Islamic Law. The approach used in this paper is the concept of human accountability (Amanah) on the mandate given by Allah SWT as Khalifatullah Fill Ardh. This paper expected can explore new approach to explain corporate governance in Islamic perspective

    Retakaful from syariah perspective: a comparative study

    Get PDF
    Retakaful is an arrangement to risk of retention limit funding takaful. Similarly, risk arrangements are operated by reinsurance to insurance funding. But, how is the retakaful legal status in Islamic law and the differences between reinsurance. The objective of this study is to identify the status of the retakaful in Islamic law and identify the differences between reinsurance. The study to found that retakaful is prescribed and an alternative to reinsurance, as well as a method of financial protection against the various risks of the takaful industry in excess of the retention limit, which may occur at any time in accordance with the principles of Sharia. Also in this method of risk arrangements, It is found that there are very significant differences in risk between retakaful and conventional reinsurance

    Determinants of Muslim household basic needs consumption expenditures

    Get PDF
    This paper focuses on current household expenditure in an environment characterised by a high cost of living and modernisation. In order to cope with the current economic situation, individual vary in their consumption levels and lifestyles. In this study, basic needs expenditure refers to four main groups of household expenditure, namely food, housing, transportation and communication given that they make up a significant part of total household expenditure. Furthermore, the different budget constraints that vary with income and location, the different expenditure patterns reflect how people are surviving in the current economic climate. This paper identifies the factors contributing to basic needs consumption comprising food, housing, transportation and communication. The econometric analysis using Seemingly Unrelated Regression Estimation (SURE) shows that these expenditures are largely determined by the total monthly spouse income (Inc) and total borrowing (Bor) for all consumption expenditures. The results with interaction term also revealed no difference in the basic needs expenditure of urban and rural households in Selangor and Kelantan. Based on the findings, households should be educated on consumerism and financial management for effective financial planning
    corecore